Kemaskini Feb 2008.

Sila hubungi pengasas secara terus jika keperluan dibawah sudah didermakan

Electrical Appliances

6 Iron
1 Washing machine
2 Computers
1 Television
14 Lampu Kalimantang
5 Kipas tinggi
3 Jam dinding berloceng

Kitchen Items

6 Blenders
3 Rice cookers
1 Microwave
3 Cerek
2 Dining tables
2 Dapur gas
1 Tempat letak dapur
1 Rak dapur besar
Kuali
Toaster
Fork/Spoon
2 Water containers

Furniture

2 Double decker bed set
3 Almari baju (boleh gantung)
Tempat sidai kain
10 Tuition chair
10 Tilam
30 Pillow
Cadar
2 Cabinet/book rack
2 Rak kasut
3 Rocking chair for babies

Others

2 Big whiteboard
5 Baldi/dayung/bakul
6 Penyapu/penyodok/mop
Sabun Fab
Dettol
Poster doa/ukiran
Mirrors
Games/Toys
Tikar
Botol susu
Baby's napkins
Sejadah
Kamus

Food

Beras
Biscuits

Friday, September 5, 2008

Rumah Amal Baitul Fitrah naungi 30 anak yatim


Kematian ibu atau bapa akan menyebabkan anak-anak merasa kekosongan dalam diri mereka. Hilangnya belaian kasih sayang dari orang tua serta tempat untuk berlindung menjadikan anak-anak ini dihantui perasaan sedih.Selain kehilangan kasih sayang, keperluan hidup mereka juga tidak lagi seperti sebelumnya. Makan, minum, pakaian dan lain-lain juga turut berubah seiring dengan pemergian yang tersayang.

Realiti kehidupan masyarakat hari ini enunjukkan bahawa kebanyakan anak yatim yang tidak mendapat perhatian sewajarnya akan mengharungi kehidupan yang begitu sukar, perit dan menyedihkan.

Umum mengetahui bahawa Islam adalah satu agama yang menitikberatkan soal kasih sayang. Ia menekankan kepada kita agar tidak menyisihkan dan mengabaikan anak yatim terutama yang datang dari keluarga yang serba kekurangan dan tidak berkemampuan.

Anak-anak ini juga memerlukan belaian dan kasih sayang serta keperluan hidup seperti makan, minum dan pakaian seperti manusia yang lain. Ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang mendatang dengan harmoni dan bahagia.

"Sebagai seorang Muslim, rasa tanggungjawab itu perlu ada lebih-lebih lagi bagi menjaga golongan-golongan seperti mereka ini," ujar pengasas Rumah Amal Baitul Fitrah, Masliza Abu Bakar, 38.

Menurutnya, anak yatim juga memerlukan pembelaan yang sewajarnya supaya pelajaran dan kehidupan mereka tidak terabai disebabkan kekurangan dari segi wang dan lain-lain untuk menampung kehidupan mereka.

Rumah Amal Baitul Fitrah memulakan operasinya pada tahun 2006 dengan permulaan penghuninya seramai 16 orang dan hanya menyewa rumah flat untuk anak-anak ini berteduh ketika itu.

Kini, Rumah Amal Baitul Fitrah telah berpindah ke rumah teres semi-D di No. 3 Jalan Desa 2/1, Bandar Country Home, Rawang. Rumah ini menempatkan seramai 30 anak-anak yatim selain menjaga kebajikan 20 ibu tunggal.

Masliza berkata, rumah itu menempatkan anak-anak yatim perempuan, manakala yang lelaki masih tinggal di rumah flat yang lama.

"Apabila ada majlis keraian seperti Maulidur Rasul, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal ini akan berkumpul di sini," katanya yang mesra dengan panggilan Ummu Liza di kalangan penghuni Baitul Fitrah dan rakan-rakan.

Kata beliau, rumah ini tidak mengamalkan disiplin yang ketat kerana pengasasnya mahukan suasana kekeluargaan di dalamnya.

"Setiap anak-anak ini kita didik dan berikan kasih sayang seperti seorang ibu kepada anak-anaknya. Kita tidak mahu mereka terasa tersisih dengan kekurangan yang dimiliki.

"Apabila ada kesempatan, kita akan membawa anak-anak ini bercuti selain menghantar mereka ke kem-kem motivasi supaya pelajaran mereka tidak terabai," katanya.

Menurut Ummu Liza lagi, anak-anak yatim ini menunjukkan prestasi pelajaran yang boleh dibanggakan berbanding sebelumnya.

"Di sini, mereka akan diberikan tuisyen oleh guru-guru yang secara sukarela mengajar mereka. Kita adakan tuisyen seperti matematik dan bahasa Inggeris untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan," jelasnya.

Melihat persekitaran rumah yang didiami oleh anak-anak ini, sebak mula menyelubungi diri. Di ruang bawah rumah ini terdapat sofa, televisyen dan meja makan hasil sumbangan orang ramai. Ruang yang kecil itu juga turut menempatkan barang-barang sumbangan seperti pakaian dan tilam selain kerusi untuk mereka belajar. Almari yang ada juga tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana terlalu uzur.

Kata Ummu Liza, rumah teres ini memiliki empat buah bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan katil dua tingkat. Untuk bilik utamanya, diletakkan seramai tujuh orang di dalamnya.

"Rumah ini walaupun dua tingkat tetapi ia masih belum dapat menampung mereka ini. Sebab itu, kita cari rumah lain untuk menempatkan anak-anak kecil supaya tidak mengganggu yang dewasa untuk belajar," ujarnya.

Selain itu, rumah amal ini juga hanya memiliki sebuah van lama yang digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anak ini dari sekolah.

Menurut Ummu Liza, dia terpaksa menjadi pemandu sementara untuk anak-anak ini kerana ketika ini mereka tidak mempunyai pemandu.

"Pemandu yang lama terpaksa berhenti kerana tidak sihat dan kita dalam proses mendapatkan pemandu yang baru bagi memudahkan segala urusan.

"Dengan berbekalkan sebuah van lama ini, kami membawa anak-anak ini untuk pergi bercuti. Terpaksalah kami berulang-alik mengangkut mereka kerana tidak mempunyai kenderaan yang cukup. Kadang-kadang, ada juga guru-guru tuisyen ini menggunakan kenderaan mereka," katanya.

Tambahnya lagi, setiap sumbangan bukan sahaja digunakan oleh mereka namun ia turut diagihkan kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang lain.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Ummu Liza di talian 012-2663649 atau terus melalui akaun Maybank bernombor 562012001955 atas nama Pengurusan Baitul Fitrah.